SEJARAH JEMPOL

Jempol merupakan salah sebuah daerah dalam Negeri Sembilan Darul Khusus dan antara daerah yang terbesar antara 7 daerah yang lain iaitu Jelebu, Rembau, Tampin, Kuala Pilah, Seremban dan Port Dickson. Nama Jempol diperolehi daripada peristiwa seorang gadis desa yang kononnya bernama Sri Jempol yang mati dibunuh akibat fitnah dan hasad dengki manusia

Selain itu, terdapat juga cerita nama Jempol ini dikaitkan dengan nama sebuah sungai di sini. Seperti yang diketahui, Negeri Sembilan yang kaya dan berpegang teguh dengan adat perpatih masih diamalkan walaupun telah dipinggirkan oleh golongan generasi muda.

 

SEJARAH KG LONEK

Kampung ini dibuka pada kurun ke 19 oleh sekumpulan peneroka. Nama ketua peneroka itu ialah Haji Hamzah dan isterinya bernama Tanjung.

Mereka menanam sejenis pokok bernama SEMPUNEK di KUALA sebatang sungai yang arusnya mengalir terus ke Sungai Jempol. Singkatan sebutan KUA-LO dan dicantumkan dengan nama SEMPU-NEK, maka dinamakan kampung ini 'KAMPUNG LONEK'.

Sejarah ini diceritakan oleh anak cucu kepada Tuan Haji Hamzah yang bernama Inchek binti Samad yang tinggal di Kampung Lonek Seberang dan telah meninggal dunia.