Kampung Lonek terletak dalam Daerah Jempol dan berjarak 10 kilometer dari Pekan Bahau. Pernah diiktiraf sebagai 'Kampung Tercantik' di negara ini oleh Kementerian Penerangan Malaysia, selain terkenal sebagai sebuah kampung yang memenangi Anugerah Komuniti Bestari dan KPW Maju peringkat Negeri Sembilan.
MOTO
Kampung Cemerlang, Hidup Gemilang, Masyarakat Terbilang
VISI
Menjadikan Kampung Lonek Dalam Kalangan Yang Terbaik
MISI
Masyarakat Harmoni Dengan Kerjasama Yang Padu
Berteraskan Keilmuan Yang Mantap,
Budaya Yang Disanjung Dan Bersandarkan Pengurusan Yang Efisien Dan Terkini.
NAMA KAMPUNG INDUK
Nama induk kampung ini ialah Kampung Lonek dan terdiri daripada beberapa buah kampung iaitu Kampung Tengah, Kampung Tebat, Kampung Masjid Lonek, Kampung Sungai Taling dan Kampung Lonek Seberang. Keluasan keseluruhan kampung adalah 1,246 ekar dan terbahagi kepada beberapa bahagian seperti 360 ekar tanah untuk kawasan perumahan, 4 ekar untuk premis awam, 862 ekar untuk tanaman dan 5 ekar untuk lain-lain. Keluasan tanah yang terbiar di kampung ini adalah seluas 15 ekar.
KAMPUNG–KAMPUNG SEKITAR
- Kampung Gajah Mati
- JKKK Kg. Gajah Mati terdiri daripada 2 rangkaian kampung iaitu:
i. Kg. Gajah Mati
ii. Kg. Peladang
- Kampung Batu Kikir Timur
- JKKK Kg. Batu Kikir Timur terdiri daripada 3 rangkaian kampung iaitu:
i. Kg. Bukit Kerdas
ii. Kg. Air Dedali
iii. Bukit Gombang
- Kampung Kuala Sialang
- JKKK Kg. Kuala Sialang terdiri daripada 2 rangkaian kampung iaitu:
i. Kg. Kuala Sialang Ulu
ii. Kg. Bukit Kelulut
AHLI PARLIMEN NEGERI SEMBILAN
Kawasan Parlimen
Kawasan Pilihanraya: P127
Nama: YB Dato' Haji Shamshulkahar Bin Mohd Deli
Alamat: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Jempol, No. 201,
Tingkat Bawah, Jalan Serting Utama 5/1,Pusat Perniagaan Bandar Seri Jempol,
72120 Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan
No. Telefon (Pejabat) : 06-4581499
No. Faks : 06-4581499
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Parti: Barisan Nasional (BN)
Kawasan ADUN
Kawasan Pilihanraya: N 8
Nama: YB Tuan Teo Kok Seong
Alamat: No. 32 Jalan Meranti 35,
Taman Meranti,
72100 Bahau,
Negeri Sembilan.
No. Telefon (Pejabat) : 06-4542351
No. Telefon : 06-4540552 (R)
Parti: (DAP)
Pegawai Daerah Jempol
Nama: Nawal Binti Mohamed Amin
Alamat:Pejabat Daerah Jempol/Jelebu
No. Telefon (Pejabat) :06-4585203